Online Diary PotPet Kisah Aku: Tajdid Niat In Sha Allah

Monday, 16 March 2015

Tajdid Niat In Sha Allah

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara aku pada malam ni. Ayat macam nak berbahas ala parlimen. Tak kisahlah. Kfine. Sekarang hati tengah menggeledak panas gila nak mati ni. Bukan setakat hati, jantung , limpa, hempedu , buah pinggang dan kelenjar adrenal aku mula tak stabil.

Geram dengan satu kejadian ni lah eh. Long story short je lah eh. Aku terus ke story nya.

Tadi tengah syok syok tidur, tiba tiba dengar suara orang tengah berbisik bisik. Ingat sepupu aku baca wirid sebelum tidur ke apa. Rupanya tengah gayot. Eh panaasss. Satu, dia kacau aku tidur. Dua, dia gayot guna phone aku , konfem konfem guna num aku , kredit aku sekali. Tiga, aku try lah jugak nak jadi pegawai JAIJ malam malam gini. Aku tidur bawah, dia tidur atas , lepas tu aku mula lah selinap bawah selimut then aku jerit "WOI, HANG BUAT MAKSIAT KAT RUMAH AKU HAAA!" . Lepas tu dia tolak kepala aku lepas tu dia kata kurang ajar lepas tu dia suruh aku tidur lepas tu dia kata aku jeles sebab tak dapat oncall.

Dia tolak kepala aku, aku sabar. Dia kata aku kurang ajar, aku sabar lagi. Dia suruh aku tidur, aku sabar lagi (dalam hati kata, tak sedar diri ni rumah siapa). Dia kata aku jeles sebab tak dapat oncall, tu aku dah nyirap gila habis.

Sanggup dia tolak kepala sepupu dia ni sematamata jantan tu. Kepala ni tempat aku simpan ilmu kau tau. Tempat simpan neuron perantaraan aku. Aku pantang betul orang main kepala ni lah. Then, aku tegur dia buat maksiat, dia kata kurang ajar. Tang mana datang kurang ajar pon aku tak tau lah. Cubalah sedar diri tu tengah buat maksiat then cakaplah terima kasih dekat aku sebab tegur kau daripada gangguan syaitan ke apa. Ni tak, kurang ajar diberinya.

Paling tak boleh blah dia kata aku jeles sebab tak dapat oncall. Iyee aku sedar dulu aku jenis yang memang setiap masa nak kena oncall setiap malam. AKU SEDAR . Sebab dulu aku bodoh. Bodoh dalam agama aku sendiri. Dah tau hukum tapi pergi buat lagi. Dah tau couple tu haram, pergi couple lagi. Memang cari neraka lah jawabnya. Dah tau buat perkara perkara seperti mesej bukan kerana ada urusan penting tu tak boleh, bercakap dengan bukan mahram melalui telefon tu tak boleh tapi aku pergi buat jugak. lagi sekali aku cakap, MEMANG CARI NERAKA LAH JAWABNYA. And sekarang ALHAMDULILLAH , IN SHA ALLAH hidayah mengetuk pintu hati aku.

Dah panas tu, aku bangun then bukak lampu bilik terus aku keluar ambil lappy then ni lah hasil karya aku. Berdakwah tu bukan senang. Lagilagi dengan keluarga kita sendiri. Tajdid niat. Jelas tujuan. Jaga adab dan pergaulan. Semoga kita berada di dalam jalan keredaan-NYA.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen